<< May 2017 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31

contacts
azah
zaid
huda
SiGur
ili
realizing the zen
khairunnisa nadiah
fariq
aza izati
luqzan
zana zul
firdaus body
snoghisfist
nadde
anenan

photos
my lomohome
fotopage
album

the internet
umno queensland
umno reform
harakah
movie reviews
jeff ooi
nizam zakaria limau nipis
ijtihad
PAS
malaysiakini
muslim wakeup!
film and music reviews
suara malaysia










Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed


 
Monday, May 04, 2009
anis

anis

Posted at 12:11 am by ahmad


 
Saturday, February 28, 2009
letakkan aku

hey kau!

sini kejap

tolong aku

tolong letakkan aku kat situ

 

kanan sikit

atas sikit

eh kiri sikit

ha situ

terima kasih

 


Posted at 08:29 pm by ahmad


 
Thursday, May 15, 2008
tamat-satu obituary

hari ini, 15 Mei 2008, aku mengisytiharkan diri sendiri sebagai mati. Talkin akan kubacakan sendiri. Setelah 4 tahun berhempas pulas dengan diri sendiri, tewas akhirnya . Aku adalah musuh sendiri. Tentang musuh, aku telah banyak diperkenankan dengan musuh-musuh default sejak lahir:-

lahir- sebagai orang Islam, Yahudi telah menjadi musuh secara automatis

St John - VI adalah musuh

MCKK - STAR, Clifford musuh

Kelab Umno - pembangkang dengan nama apa sekalipun walau yang tak bernama adalah musuh.

Syarikat - syarikat logistics lain adalah musuh

Kumpulan Islam - Wahabi,Deobandi dan Tableeghi adalah musuh

 

Maka kewujudan musuh-musuh di atas(di mana aku hanya menyatakan hanya sejumlah sahaja) akhirnya memakan diri dan bertukar menjadi sesuatu di dalam.

 

Pengajaran - tak sepatutnya ada musuh default dari lahir. Sesiapa yang tertarik untuk mengulas isu ini dengan panjang lebar amat dialukan untuk berbuat demikian tanpa sebarang referensi kepada tulisan ini.

 

Sekian

 


Posted at 10:20 pm by ahmad


 
Sunday, October 14, 2007
diam-kenapa?

kenapa engkau terlampau diam?

 


Posted at 10:34 pm by ahmad


 
Friday, March 16, 2007
...

Rabu 14/3/07-

Aku tengah dalam tram gi kedai jom makan jumpa atuk. Aku dari ofis kat St Kilda Rd to city, then dalam stop lepas domain, ada satu mamat ni, pakai tshirt "take the troops out of Iraq". Muka mat saleh tak mat saleh,pakai earphones. Dia agak stood out hari tu, duduk belakang aku sambil pasang lagu metal apa kuat gila dekat earphone dia. Tshirt dia pakai pun nampak cam cool.

Khamis 15/3/07-

Aku gi anta shikin gi umah kazen dia, tanya jokingly. Oh your cousin duk sini lama? cute tak? mix eh? etc etc. Sampai rumah dia, mamat yang exactly aku nampak dalam tram kuar dari rumah, sambil pakai tshirt yang sama(kantoi).

Hey I saw you on the tram yesterday!

Apai u ni bahaya la, gila observant orang dalam tram pun boleh sedar ke. cakap shikin.

Tak I noticed him sebab dia pakai tshirt ni sambil pasang lagu heavy metal.

Aku tanya dia(azlan namanya) kau ada naik tram dari st kilda ke semalam?Kul 530?

ha ah aku balik dari kerja situ tiap hari.

Masuk rumah dia,banyak gila bendera iraq,palestin,kolaj muka2 terrorist(semua pun ada-not that aku interested in that sekarang)

Mana kau dapat kolaj ni?

Aku buat sendiri, aku memang into visual arts.

Ko into these things?

Ya aku dan flatmate aku dari indo, kitorang aktivis

(cun) aku cakap dalam hati

dia kasi aku poster anti war protes hari sabtu 12pm dekat sate library

(cun sekarang aku boleh mula veer into benda yang aku agak minat dan dah jumpa kaki. It's AMAZING how fate works)


Posted at 09:47 am by ahmad


 
Wednesday, March 14, 2007
Arcade Fire-Neon Bible

Keseronokan terbaru - album terbaru Arcade Fire-Neon Bible. Lama benar menunggu, ada jugak lebih setahun dari first time triple J cakap yang diorang nak keluar album baru. Sebelum tu diorang cakap diorang nak datang tour so tuh tak jadi. Melihat senarai rating di Wikipedia rata-ratanya lebih kurang 4 bintang dan ke atas. Pitchfork yang amat kedekut untuk memberi favourable review melainkan konco-konco sejatinya juga memberi 8.4, satu benda yang amat generous.

 

Untuk saya, ia telah menjadi peneman semasa diserang penyakit demam Khamis lalu. Release date patut 6 March tapi nampaknya dekat sini keluar awal. Cover cdnya boleh tahanla dan semua lirik ditulis di dalam. Aku download je dulu album funeral so aku rasa aku patut beli yang ni. Aku selama ni dengar dekat Ipod je, so taktau nama lagu lagi, aku cuma tau lagu number 1,2,3. Dan aku boleh cakap album ini bermula betul2 dengan lagu 4. Susunan lagunya pun menarik, tak letak main hit dekat track nombor 1 macam biasa. Orkestra dari Budapest yang diorang cakap diorang guna tak berapa kedengaran effect dia, akan tetapi sesetengah lagu boleh dikesan. Pick aku sekarang ialah lagu No Cars Go.

 

terima kasih,


Posted at 04:35 pm by ahmad


 
Wednesday, March 07, 2007
damage beyond repair

adakah semua benda dalam dunia boleh diperbaiki?

apa pula dengan perkataan total loss?

bagaimana kalau kehidupan seseorang manusia itu dalam keadaan total loss? Yakni tidak ada jalan keluar satu sudut pun untuk memperbaiki total loss? Apakah pilihan yang ada? Bertaubat?Lari jauh-jauh?Minta maaf?Buat pahala banyak-banyak?Cuba untuk gelak tapi satu suara dari dalam cakap "Kau tak layak untuk gelak dan bergembira". Adakah wujud jalan pembaikian,pembaharuan? Nampaknya macam tidak ada. Dan hiduplah manusia seperti seorang yang sudah mati, tapi masih berjalan.


Posted at 04:19 pm by ahmad


 
Tuesday, March 06, 2007
deftones 28/02/07

Sampai dekat festival hall dalam pukul 8:30, concert patutnya mula dalam pukul 6:30, ada 3 opening bands! gila ke apa. tak ke macam terlebih banyak tu 3 bands? ada thrice salah satu, dan tu je aku sempat tengok(phew) sebab agak bosanla thrice. aku menyampah bila opening band main lebih dari 5 lagu. dahla set up punya lama. So akhirnya aku gi deftones, yang merupakan ex favourite band aku dalam 6-7 tahun lepas. Kalau dulu, memang aku cari gila album deftones baru, amat suka around the fur dan adrenaline dan hampir macam gila nak tengok diorang. Aku beli tshirt diorang kat kedai auntie, kat klcc. Fav tshirt aku personally colour merah white pony tu, yang lama betul aku tunggu. Aku rasa tshirt tu adalah design paling terlawa dalam dunia masa tu. Aku pengaruh kawan-kawan yang lain(minta maaf banyak-banyak) untuk dengar deftones, dan kemudian hampir setiap minggu pergi jam studio kat ss2 jamming lagu deftones aje. Hidup aku masa tu memang deftones deftones deftones dan ada point yang aku akan berkawan kepada sesiapa yang penah dengar deftones sahaja(atau pakai tshirt deftones). Siapa yang tak suka deftones dan yang aku tak berjaya pengaruh aku akan tuduh tak terbuka kepada muzik baru. Jadi itulah sejarah aku dengan deftones. Zaman kehancurang bermula apabila white pony keluar,lepas tu perfect circle pulak kuar. Alasan paling terakhir untuk aku tinggalkan deftones:-

CHINO MORENO DAH GEMUK

 

so aku gi concert ni, sebab ada kawan ajak tengok, dan memandangkan beli-tiket-pastu-jual-kat-ebay punya tactic ni amat menguntungkan, ada gak aku beli tiket untuk tujuan tu. dah dekat dengan tarikh, tengok kat ebay harga 50% of market price! Apa kena? so aku gi jugakla.

 

Lagu first diorang main ialah lagu 1st dalam album white pony, aku tak ingat apa nama dia. Lagu album lain semua harammmm aku tatau satu pun. Aku tau sampai white pony je. Tapi semua lagu yang diorang main, adalah amat predictable-in the sense yang lagu tu kau nak, pastu dia main. Yeah diorang main lagu my own summer, root, 7 words dan banyak lagu dari adrenaline. Semua tu buat aku teringat yang aku dulu penah jadi biggest fan deftones. Ada jugak time bila Chino malas nak rap dah,mungkin sebab dia dah gemuk kut. Masa lagu passenger, part Maynard nyanyi dia nak baut usara ala2 Maynard tapi tak jadi langsung, lepas tu tak sampai pulak tu. Haih kesian betul. Tapi soundwise, tak berapa bes sangat la. Memang tak clear sangat-especially bass. Anyway seronok jugak dapat tengok ex band favourite datang buat concert. Lepas ni tinggal 1 je on my wish list-radiohead.


Posted at 12:41 pm by ahmad


 
Friday, March 02, 2007
iq dan pemimpin

Baru terbaca somewhere- yang sebenarnya untuk menarik paling ramai orang, dan untuk mempunyai paling banyak pengikut, seseorang mesti ada IQ 119-itu adalah IQ paling optimum. Semakin tinggi IQ, semakin kurang pengikut. Sebabnya-semakin tinggi IQ, semakin kurang difahami seseorang itu. Kerana purata IQ semua orang adalah dalam 100(purata di Malaysia berbeza, satu report cakap 92, ada 89 etc, jadi kita boleh anggarkan mungkin dengan peredaran masa dan internet etc, selamat untuk menganggarkan bahawa MUNGKIN orang Malaysia kini mempunyai purata IQ dalam 96(lagi sekali, ini anggaran saya, bukan expert opinion)). Kalau begitu, pemimpin yang ideal seharusnya mempunyai IQ dalam 115-117 untuk mendapat pengikut paling ramai. Alasannya ialah untuk difahami oleh orang ramai. Orang yang mempunyai IQ 160+ sama sahaja seperti orang mempunyai IQ < 70 dari segi pengikut. Sekian.

Posted at 02:55 pm by ahmad


 
Wednesday, February 28, 2007
buah khuldi

Semalam aku makan buah khuldi dan dah jatuh dari langit lagi sekali

Posted at 08:01 am by ahmad


Previous Page Next Page