<< June 2017 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30

contacts
azah
zaid
huda
SiGur
ili
realizing the zen
khairunnisa nadiah
fariq
aza izati
luqzan
zana zul
firdaus body
snoghisfist
nadde
anenan

photos
my lomohome
fotopage
album

the internet
umno queensland
umno reform
harakah
movie reviews
jeff ooi
nizam zakaria limau nipis
ijtihad
PAS
malaysiakini
muslim wakeup!
film and music reviews
suara malaysia










Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed


 
Saturday, February 24, 2007
mimpi raya

    tadi mimpi masuk bilik air nak mandi, lepas tu aku meraung nak minta pengarah urusan mimpi-mimpi orang untuk tukar mimpi aku. aku meraung:-

"Nak Rayaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!"

haha. raya memang bes kan? Kalau tengok suicide rates dekat Malaysia, orang paling kurang suicide time raya. So raya penting untuk kesihatan mental semua orang. Untuk melaksanakan ide ini, aku akan bentangkan macam mana untuk kita raya setiap hari. Aku akan namakan dia plan ekonomi raya, dan aku dah pikir dalam tido tadi macam mana nak laksanakan dia. Ia adalah amat viable dan sesuai digunakan di semua negara. Kalau macam tu, setiap hari adalah hari raya.

bersambung...

Posted at 11:13 am by ahmad


 
Monday, February 19, 2007
dialog-dialog

    kereta aku stranded lagi, tak boleh nak start. Kali ni jadi the whole day instead hari yang panas je. Baru hantar service sebelum tu. Jadi sebelum kereta stranded, duk lepak dengan Khairul dengan Azhar. Pegi makan, balik rumah dia ingat nak grak. Last2 tak boleh start lepas tu tersadai dekat situ. Gila. Duduk borak sampai pukul 630 pagi. Satu benda yang tak pernah buat dalam 4-5 tahun jugakla. Sembang je, 4 hours pass. another 4 hours. So bila bangun hari ahad yang panas nak mampus tu, terus call suzuki dan racv pun datang. Jadi dia pun check kereta aku. Teori-teori dia:-

1)Kunci salah-9 out of 10 people cuba kunci lain and it worked.
2)Maybe electronic system overheat dalam cuaca panas gila tu.
3)Dia suruh aku start engine, pastu dia ketuk dekat area isi minyak. Tak boleh start jugak. Dia cakap tak dengar fuel masuk pump. Lepas tu dia try bubuh petrol skit kat engine pastu boleh start.

"Apa nationality kau?" dia tanya aku
"Malaysian"
"Oh ye ke, aku tak boleh cakap orang dari negara mana. Kau boleh teka aku asal mana?"

"Lubnani?"

"Tak, Yunani"

Dia telefon tow truck. Beberapa minit kemudian datang. Yang bawak tu mamat agak sturdy, pendek, botak(muka macam chairman company aku)

Dia angkat kereta aku kat belakang truck.

Dalam beberapa minit. Mula dia start borak:-

"berapa kau beli kereta ni?"
"xxx dollar"
"aku ingat nak beli untuk anak aku(pompuan). Aku ingat nak cari kaler pink ke, light purple untuk dia.

oh ok.

minyak makan banyak?

tak banyak sangat-aku spend dalam 20 dollar tiap minggu boleh jalan dekat 200km tu.

oh bagus..

(muzik main dalam bahasa asing, orang cakap dalam radio bahasa asing)

Ni station radio apa ni?

Oh ini sbs, sejam tiap ari ahad. Dalam turki.

Kau orang Turki?

Ya.

Nama apa?

Jinghiz(Genghiz Khan revered kat Turkey sampai nama orang pun jadi macamtu? Atau sebab dia hero orang-orang yang duduk area situ? Maybe sebab dia ada close link dengan central Asia walaupun dia ransack banyak area dekat situ?)

Selalu balik Turkey?

Ya beberapa tahun sekali, bini aku nak suruh aku balik Turkey soon.

Ko cakap bahasa tu ok lagi?

Ya aku boleh cakap. Aku lahir kat sini, lepas tu aku pindah duduk sana sekejap, pastu datang balik. Dekat sana aku kerja office, pakai tie semua. Kat sini aku bawak truck aje.

Oh...Turkey ok negaranya?

Dekat sana kita ada semua, keluarga,kawan. Kalau aku nak jumpa semua sanak saudara aku, mau setahun baru pegi balik kat orang yang sama. Kau paham apa aku cakap kan? Dekat sini, kita cuma kena amik apa yang ada. Tak boleh jadi selektif. Dekat negara sendiri, kita boleh pilih sapa kita nak kawan, kat sini, tak boleh nak buat apa.

Kau rasa kau religious?

Of course aku religious. Aku mungkin tak strict mana, tapi aku percaya tuhan kasi kita otak, kita mesti guna untuk mana yang suit kita dan pilih jalan yang paling ok. Tuh pegangan aku. Dalam dunia ada banyak benda, yang certain dan yang tak certain. Jadi di situ otak kita nak guna.

Turkey walaupun sekular, tapi penduduknya agak "alim". Agak contradicting dengan pegangannya?

Ya betul, kita walaupun sekular tapi ramai yang masih pegang. Kita bukan macam Iran. Kau tau ada satu myth di kalangan rakyat Turkey di sini, yang dekat Iran ada rumah pelacuran, di mana kau boleh akad nikah dengan pelacur tu, bayar dia. Kemudian dah selesai kau cakap "Talak,Talak,Talak" dan kemudian boleh cerai..

Telefon bunyi. Borak dalam Turkey.

Dekat luar ada pengantin Yahudi(sebab tengah lalu Caulfield) tengah jalan dengan kawan2 dekat park.

Perkahwinan Yahudi-dia selit sambil cakap telefon.

Letak telefon sambung cakap.

Aku ni bukan racist, tapi aku ada pendapat aku sendiri tentang kaum-kaum lain. Orang Arab yang aku kenal pengotor. Tak macam apa agama suruh. Kami orang turkey bersih sikit.

Oh ya ka.

Dan diorang bukan baik sangat.Gaduh sama sendiri.

Ya apa diorang buat bunuh sama sendiri saja. Kau tengok dalam news tu...Hamas dengan sapa tah...

Fatah?

ha Fatah bergaduh. Diorang tak boleh nak duduk aman kejap pun sama diorang.Israel pulak duduk tergelak tengok diorang gaduh. Aku rasa Israel memang pandai. Duduk situ je, masa untuk save senjata sikit.

Ah-ha. Tengok apa jadi dekat Iraq jugak, gaduh sama sendiri.

Ya sunni shiah. tapi kau rasa betul ke? Ntah2 itu Amerika yang buat.

Kau tau? Amerika dia buat plan 100 tahun. Bukannya presiden buat keputusan masa tu jugak, semua dah ada termaktub dalam plan 100 tahun diorang. Presiden masa tu cuma implementasi apa yang ada dalam plan saja.

Ah-ha....

Kau setuju tak apa aku cakap?

Setuju(hanya untuk menjadi sopan santun dan prompt dia untuk cakap further)

Itu lah apa nak jadi bila in power. Aku pun taktau macam mana turkey nak masuk european union ni.

Ada impak positif ke?

Ya, mungkin sebab diorang tak payah pergi ke negara europe lain. Sebab diorang dah jadi europe.

Kau suka perdana menteri sekarang?(Recep Tayyip Erdogan)

Dia terbaeekkkk punya perdana menteri!

Apa kau rasa tentang uthmaniyah? Orang turki masih ada affinity dengan diorang?

Tak kut, aku tak tau sangat sejarah tentang diorang...

Oh ya, Ataturk mungkin cuba lenyapkan semua dan buat lembaran baru

Ya..tapi walau turki nak masuk european union pun. Aku tak nampak kredibiliti. Aku rasa dalam masa 10 tahun lagi, ia akan runtuh. Semua kerajaan dah runtuh. Soviet,blok komunis etc. Amerika akan runtuh, EU akan runtuh jugak.

Sampai dekat dealer, hantar kereta. Diorang cakap diorang akan check esoknya.

Dah hantar kereta, naik teksi.

(lagu afrika tengah main, muka dia macam india tak india, ada jambang)

guna pikap line aku dalam teksi

muzik apa ni?

afrika...

hang orang mana?

Eritrea

oh.

hang pula?

Malaysia

Masha Allah malaysia....

Hang boleh cakap arab ka?

Ya boleh cakap Arab, Tigriyya(aku harap ejaan betul-bahasa afrika)

Eritrea dekat dengan Sudan?

Tak, dekat dengan Habsyah. Hang tau cakap arab?

Aku belajar dulu masa sekolah tapi sampai takat tu jela.

Kau patut belajar, ia bahasa Al Quran. Kalau kau ada niat, InshaAllah Allah azza wajalla tolong..

(aku cuba try test power arab yang diajar ustad ishak)

Ana La takallam arabi

apa benda tah dia cakap

Mafi musykila

Kau tau, kau patut belajar arab...bahasa arab itu indah. Note dekat sini, exact word dia guna adalah "delicious"

something macam

"You can savour arabic with your tongue"

oh ya..mungkin saya akan belajar

belajar, hang tau huruf dia kan? belajar je, tak susah.

ya. Kau selalu pegi masjid mana?

monash,westall,jeffcott dan beberapa masjid lain hujung bandar

jauh tu

inshaAllah, sini banyak muslim dan senangcari makanan halal. Bagus negara ni

Berapa lama hang duk sini?

3 tahun.

oh.

dan kemudiannya sampai lah rumah. Aku pun mandi dan terasa macam orang paling segar dalam dunia.


Posted at 08:17 pm by ahmad


 
Saturday, February 17, 2007
kimia al saadat

    Apakah yang buatkan 2 orang menjadi rapat?
Adakah persamaan dalam minat? Kalau lihat kawan2 rapat yang pernah ada dulu dan sekarang,mungkin persamaan yang paling ketara adalah minat dalam muzik. Yang paling rapat adalah bila ada satu persamaan, passion yang sama. Mungkin sebab bila kita ada satu passion dalam satu benda, kita nak luahkan kepada orang yang akan faham 100% apa kita rasa. Cuba kalau saya terangkan kenapa chorus satu lagu ini terlampau "mengangkat" saya kepada seorang tonedef? Kemungkinan besar jawapannya adalah "oh ok.." sebab dia tak faham? Sama macam kalau orang cerita kat aku yang "wah sepakan penalti dia tu hebatlah!" Aku pun tak akan boleh rasa apa dia rasa sebab aku tak minat bola. Dan jawapan aku pun mungkin"oh ok..." sebab aku tak faham! Aku sampai sekarang tak faham kenapa orang boleh jadi sungguh obsessed dengan 22 orang kat padang dengan satu bola aje? Aku tak faham! Tapi itu salah aku ke? Kalau aku duk semeja dengan orang lain dekat kedai mamak yang cite pasal bola, tentunya aku jadi paling dungu dalam crowd sebab aku paling tak faham apa! Does it bother me? Mungkin sometimes bother sebab keberadaan manusia seperti entry lama aku yang cakap kita nak to make a point dalam hidup. Jadi dalam meja mamak tu, for sure aku tak akan dapat make a point langsung sebab aku ignorant dalam bola!

Macam mana nak buat orang yang kita tak boleh rapat, rapat? Macam mana nak wujudkan kimia? Sekarang ni, mungkin ada orang yang jaraknya dengan aku kurang dari 1 meter, tapi sebenarnya jarak sebenar adalah 20,000 km.

Sekian.

Posted at 12:06 pm by ahmad


 
Friday, February 16, 2007
hujan

ya..hujan turun jugak akhirnya, sekarang ni ada dalam 20 minit, good, steady fall. Tatau berapa lama lagi nak turun, nampak gaya macam tak lama sebab ada langit biru tak jauh dari sini. Harap boleh lah penuhkan skit water reservoirs yang selalu tak ada air. Gila ah sekarang rasa macam nak duduk kat tingkap tengok luar aje, macam jakun gila nak tengok hujan. Hujan2 pun tapi temperature masih 30+, tak ada beza sangat. Panas. Tapi bagusla.

Posted at 04:27 pm by ahmad


 
Thursday, February 15, 2007
stinking hot

panas nak mampus hari ni! 35 degrees la pulak, no signs of cooler weather coming soon. No signs of rain either! Tapi dia forecast malam ni maybe ada flashfloods. Hopefully it will rain. Ari ni dah 15 Feb, tapi only 1 mm je has fallen. Gila apa punya kemarau! Kata El Nino, tapi bukan ke El Nino means cooler summers and more rain for southern hemisphere??? Kesian jugakla tengok rumput kering, pokok yang dah beratus tahun semua nak mati, tapi yang lembik semua european nya pokok aje, tuh je yang nak banyak air. Kalau oz punya pokok takde apa sangat.

 

Keta mati lagi sekali! Hari ni awal skit, biasa lepas lunch, bila gi masjid baru mati. Tapi tadi mati masa lunchtime la pulak, pastu telefon Mark nasib baik dia cari keta untuk amik. Haih susah betul la orang tolong ni, budi hutang banyak sangat. Pastu Derek pulak pegi hantar lepas kerja, tadi nak balik, tengok2 takleh start. ni semua kaitan dengan panas la kut. biasa time panas je takleh start, walhal takdela panas sangat-35 je? minyak pun tak boleh vaporised kalau takat 35 je. aiseh. nasib baik sabtu anta service. patut gi service awal skit la. gi masa lunch time ke. Tuhla bahayanya tak servis keta lama! Patut buat masa 30k sekarang dah 37k gila apa. Tiap bulan pun guna 1k lebih siut. Takleh jadi ni. Makan km banyak sangatla kereta ni. Takpela nanti pindah opis boleh sep skit km, leh naik public transport. So sebab tadi dah off computer, gi keta n takleh start, sekarang ni terpaksa lah masuk opis balik n tulis. Dah takde benda nak tulis dah kan.

 

bes jugak blog ni sekarang sunyi sepi, dulu pun taklah ramai sangat masuk, cuma blog ni banyak strayed visitors sebab kalau pegi blogdrive.com, ada latest entries kan. ada 1 time dia tak update latest entries sampai 8 bulan kut. Jadi satu entry dalam blog ni sentiasa ada kat latest entries orang akan selalu check. Sekarang dah kosong kalau jerit pun ada echo-echo-echo-echo.

 

Dahla! apa benda nak merapu ni. Keta dah ok kot. Jumpa lagi.


Posted at 05:14 pm by ahmad


 
Saturday, February 10, 2007
i wuz ere

    i wuz ere

atau dalam satu cerita rakan dari itm

i wuz ere sambil menyanyi kuch kuch hota hai

jalannya semua orang hanyalah untuk meninggalkan nama, meninggalkan kesan, hanya bukti satu kewujudan dalam dunia. Aku pernah wujud dalam dunia pada sekian sekian masa. aku adalah polan bin polan saudara kepada si polan. Aku pernah wujud. Kewujudan itu satu yang penting dan perlu diberitakan kepada orang ramai. Orang biasa yang tidak mempunyai nasib untuk termaktub dalam buku-buku sejarah, perlu menggunakan apa saja cara sekalipun untuk membuktikan kewujudan. Untuk menambah lagi kesan kewujudan, maka ditambah dengan gaya-gaya rambut,gaya-gaya keterlaluan hanya untuk mendapat tempat dan dapat dikesan oleh orang? Kehidupan yang hanya hidup dan hanya wujud jika ada orang lain yang MENGESAHKAN kewujudan seseorang. Sepertimana di dimashq kurun ke 13 di mana setiap penulis sebelum menerbitkan buku, perlu memperbacakan bukunya di khalayak ramai dan kemudian perlulah ditulis di hadapan buku bahawa buku ini telah dibacakan pada sekian sekian tarikh dan dibacakan kepada sekian sekian pendengar. Maka manusia ini tak boleh dan tak akan dapat hidup seseorang tanpa dikesan. Kita mahukan setiap jasa kita dikenang, mahukan setiap usaha kita dihargai, maka wujudlah nobel prize,academy awards etc, hanya untuk menunjukkan bahawa usaha kita direstui dan di"cop" dan di approve oleh manusia lain. Kewujudan manusia tidak akan menjadi apa tanpa semua ini. Dan juga ketaksuban kita untuk berjalan,duduk atau melaui tempat2 yang dilalui oleh orang2 penting, sepertimana rasanya kita boleh mendapat karamah daripada melalui jalan yang telah dilalui, daripada memijak atas tanah yang sama. Namun sudah pastinya tidak ada kesan, dan setakat ini tiada bukti.

Akan tetapi, i wuz ere semuanya akan dicat semula, tiada apa yang kekal. Apakah manusia tidak pernah memikirkan bahawa dunia yang kita tinggal ini akan hancur, dan telah dibuktikan melalui wahyu dan "sains" bahawa kita semua akan hancur, dan tidak akan ada satu bangunan,perpustakaan,muzium,rumah,pejabat,sekolah yang akan membuktikan pada satu masa, manusia pernah wujud dalam satu bumi. Akan wujud satu lopong kosong di alam semesta di mana bumi kita pernah wujud, dan percayalah, tidak akan ada satu perkataan "i wuz ere" yang akan tertera untuk makhluk bumi.Jika dilihat dalam wikipedia, tertera bahawa jumlah manusia yang pernah hidup di muka bumi paling kurang 45 billion dan paling ramai 145 billion. Bagi pemeluk-pemeluk agama, percayanya yang umat manusia akan dikumpulkan semula di satu tempat(beza bagi agama-agama lain) dan cuba bayangkan 115 billion(anggaran yang agak wajar di sini) manusia berkumpul di satu padang. Orang paleolithik dengan tukul batunya,phoenician dari meesir purba,nenek moyang kita dari Mongolia, semuanya berkumpul di satu padang. Anggaran berapa luasnya padang itu? Dan saya tidaklah ada masa untuk mengira berapa orang per square kilometre jikalau padang itu seluas bumi ini, sila dapatkan calculator sendiri. Dan bila semuanya hancur? Apakah yang akan tinggal di sini? Adakah kita akan reincarnate? Jumpa anda di sana.

dan di sini, sebagai bukti kewujudan saya di muka bumi, terimalah:-

I WUZ ERE



Posted at 09:49 am by ahmad


 
Friday, February 02, 2007
Hari Jumaat

   Soalan yang paling ulung yang tak habis2 ditanya selama 2-3 tahun ini ialah:-

Adakah semua ini kerana umur? Atau diri sendiri?

4 tahun lepas, atau zaman dulu2,lepak tepi jalan, pergi Genting Highlands adalah terlalu indah dan menyeronokkan. Tengok matahari pun boleh jadi seronok. Keluar dari rumah terlampau seronok. Satu perasaan liberated dari dunia asal. Asalkan dapat break satu norm pun terasa terlampau indah. The thrill of pegi mamak sneak out, keluar tiap masa, tak boleh duk rumah, being with like minded people, keluar.

Sekarang, hilang semua sense of pleasure, rasa semua tapi tak ada yang manis. Buat benda yang sama tapi rasa bosan,benda yang paling seronok dulu pun tak seseronok dibuat sekarang dan kadangkala terasa bosan. Haih halatuju nampak macam dah tak ada? Mari tengok dalam list apakah top 10 keseronokan zaman dulu:-

1) Lepak dengan kawan pegi mamak
2) Jumpa orang baru
3) Dapat favourite band baru
4) Gayut
5) Jamming
6) Try makan benda baru
7) road trips/travel
8) Snow
9) Little bit current affairs

dan zaman sekarang:-

1) Lepak tingkat atas-tempat teratas
2) Buku
3) Music
4) Lepak sorang-passive

being robbed out our sense of pleasure-hukuman paling berat.

Sekian terima kasih

Posted at 11:00 pm by ahmad


 
Thursday, February 01, 2007
suluhku ke Nishapur!!!!

an entry after nearly 2 years, I watched Tool for the 2nd time yesterday! The first one was at Big Day's Out. Oh my God, to put in our fellow countrymen's words, the concert was so "chilling" and "taking care". The lights,artwork was so fantastic. It has been a dream for a long time. They came down here in early 2002, at that time no one was interested with Tool and I was still new in Brisbane(the venue was the BEC,quite far away). Being from Malaysia which keeps its gates closed to any rock band, Australia was heavenly. This is a real life case of "kambing keluar kandang". Every single concert pun I wanted to go. Just a few weeks after arriving in Brisbane, I went to Griffith Uni possibly the first concert tour in my life. Incubus. I called a few friends after that and that was one of the greatest concerts I've ever been- they say first cut is the deepest. The next one was Vans Warped Tour. I didnt really enjoy the concert but what the heck, I still had the pleasure of seeing bands or people you normally see in tv/mags in front of my own eyes. Speaking of that, the first person I saw off tv was Tun M. It was a very memorable experience to see someone out of tv in front of your eyes. Heh. Ok so back to the Tool concert. Yeah it was very heartbreaking,calming,out of this world and for a few seconds I was in trance(haha). Come to think of it, let's just for my own pleasure list down the bands that I've seen(in no particular order):- 1)Incubus 2)Vans Warped Tour(had mighty2 bosstones,mxpx oh I cant remember!) 3)Marilyn Manson 4)Nada Surf 5)Les Savy Fav 6)Pretty Girls Make Graves 7)Deerhoof 8)Muse(at 2 big day outs) 9)The Killers 10)Metallica(bdo 2004) 11)A Perfect Circle 12)Mogwai 13)Sigur Ros 14)Sparta 15)Mars Volta 16)The Strokes 17)Black Eyed Peas(at big day out 2004 ok) 18)Tool 19)Pearl Jam 20)Jeff Martin 21)No Doubt 22)Xiu Xiu 23)Thursday 24)Lost Prophets 25)Dandy Warhols 26)Basement Jaxx 27)The Flaming Lips 28)Jet 29)Eskimo Joe 30)My Chemical Romance 31)The Vines If you see something odd on that list, that means I saw the bands on Big Day Out etc...Anyway see you again.

Posted at 07:35 pm by ahmad


 
Sunday, November 05, 2006
adimanusia

 

Turun dia dari gunung

bertahun beradu

berjalan berlari tiba ke kampung

gegendang bertalu

katanya

"Sungguh! Akulah Adimanusia!" ?

?

Gemuruh Seluruh Alam Semesta!

 

 

 

 

 

 

 

"Dan terima kasih untuk percaya segala. Aku pun menjadi pengembala di senja!"

 

?


Posted at 08:11 pm by ahmad


 
Tuesday, May 10, 2005
Ayat Kursi

Allah, tiada Tuhan yang sebenar melainkan Dialah yang hidup kekal dengan sendirinya. Tidak dipengaruhi oleh rasa mengantuk dan tidur. Tuhan mempunyai segala apa yang di langit dan apa yang di bumi. Tidak SEORANG pun sanggup memberi syafaat di sisi-Nya kecuali dengan izinNya. Tuhan mengetahui apa yang di sisi mereka, di hadapan dan yang di belakang. Sedang MEREKA tidak mengetahui sesuatu daripada ilmuNya melainkan sekadar mana yang Tuhan kehendaki. Amat luas Kursi Tuhan sepenuh langit dan bumi. Tidak berat bagi Allah memelihara kedua-duanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Posted at 09:45 pm by ahmad


Previous Page Next Page